SHAH
ALAM, 30 NOV – Seorang pelajar Universiti
Teknologi Mara (UiTM) hampir diragut ketika dalam perjalanan ke perhentian bas
lewat petang 27 November lalu..
Mangsa
yang ingin ke kelas telah berjalan berseorangan di Seksyen 7 untuk menaiki bas
ke kelas malam.
Mangsa
dikenali sebagai Hamizah Khairil Annuar, pelajar semester lima Fakulti
Komunikasi dan Pengajian Media di UiTM trauma dengan kejadian yang berlaku ke
atas dirinya.
Mangsa
berkata peragut bersama seorang lagi rakan datang dari arah belakang secara
perlahan sebelum meragut dan berjaya merampas beg mangsa sebelum memecut laju
dan menghilangkan diri.
Mangsa tidak dapat
mengecam muka peragut kerana ketika kejadian itu berlaku, keadaan sudah gelap
dan ia berlaku dengan begitu pantas.
Mangsa hanya perasan
jenis motorsikal EX5 yang ditunggang peragut setelah berjaya menyelamatkan
begnya.
Dan ketika itu, orang
ramai yang melihat kejadian itu bergegas untuk mengejar peragut berkenaan. Akan
tetapi, peragut itu dengan pantas membonceng motorsikalnya dengan laju.
Seorang saksi yang
melihat kejadian itu berkata bahawa peragut itu memakai topi keledar bercermin
gelap bagi mengelirukan orang ramai untuk melihat jelas muka peragut itu.
“Saya amat terkejut dan
tidak menyangka kejadian itu berlaku di depan mata saya, dan ia berlaku dengan
sangat pantas.” Kata saksi yang ditemui.
Mangsa melaporkan
kejadian itu di balai polis berhampiran dan mengganggap kejadian itu membuatkan
dirinya mengalami trauma dan ketakutan.
Menurut Lans Koperal
Muhammad Hafizi Muhamad Akhir ketika ditemuramah wartawan menasihati orang
ramai terutamanya wanita untuk sentiasa berhati-hati ketika berjalan seorang
diri di tempat yang gelap dan sunyi.
Beliau turut menyatakan
statistik ragut yang berlaku di Shah Alam pada tahun lepas meningkat hampir
kepada 80 peratus berlaku kepada wanita yang sedang berjalan berseorangan.
Hamizah ketika ditemui
masih berasa trauma dengan kajian yang menimpa dirinya
|